SELAMAT DATANG KE BLOG ILHAM PENDIDIK

Ahad, 26 Jun 2011

Zaman Godam Menggodam.

Sekarang zaman para hackers menggodam Laman Web semakan menjadi-jadi. Setiap pemilik laman web perlu memiliki kemampuan untuk menghalang para hackers dari menggodam laman web masing-masing. Persoalannya, berapa ramai pemilik laman web memiliki ilmu untuk menghalang laman web mereka dari digodam.

Apabila situasi ini berlaku, wujud ruang perniagaan yang boleh ambil peluang khususnya para hackers sendiri. Keupayaan mereka untuk menggodam laman web milik orang lain merupakan ilmu yang boleh ditawarkan untuk pemilik laman web membayar sejumlah wang bagi mendapatkan kepakaran mereka. Para hackers dapat mengenal pasti kelemahan yang terdapat pada laman web yang boleh ditingkatkan keselamatannya khususnya laman web yang penting seperti Laman Web Kerajaan dan Sektor Swasta.
Kelemahan pada laman web yang penting tentunya amat membimbangkan kerana segala maklumat yang dimiliki oleh laman web itu akan dapat dicuri dengan mudah dan dieskpoltasi untuk pelbagai tujuan. Kesan dari eskplotasi maklumat inilah yang akan mendatang kesan buruk yang lain seperti pendedahan maklumat peribadi pengguna dan lain-lain.
Menyedari hakikat inilah, saya rasa bimbang juga kalau blog saya ini digodam. Tetapi sebagai blog yang tidak begitu penting, moga-moga tiada pihak yang berminat untuk melakukan usaha untuk menggodam laman blog ini. Mungkin lucu bunyinya, siapalah saya hingga menarik perhatian para hackers untuk menggodam blog ini. Namun begitu kita tidak dapat membaca hati budi manusia sehingga isteri dan anak kita sendiri kita sukar untuk meramal tindakan mereka.
Memang saya amat jahil dalam hal godam menggodam ini. Apa yang tergambar ialah para hackers akan membangunkan suatu sistem yang mampu memecah masuk ke dalam laman web yang biasanya akan dimasukkan password. Perisian yang dibangunkan akan membuat tapisan sehingga ribuan huruf dan nombor dan perlambangan yang selalu digunakan sebagai password untuk melakukan padanan pada password pengguna.
Selain itu ada juga para hackers yang membangunkan perisian yang dihantar melalui email dan akan menjadi agen kepada hackers. Perisian ini akan diaktifkan apabila email dibuka dan tinggal di dalam komputer server dan menghantar maklumat kepada hackers.
Terlalu banyak kaedah yang digunakan oleh para hackers untuk melakukan penggodaman bagi maksud dan tujuan tertentu. Tentunya kemahiran dan pengetahuan ini akan sentiasa berkembang selari dengan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
Kesimpulannya, ilmu untuk menggodam laman web ini perlulah juga dipelajari sebagai usaha untuk meramalkan cara-cara penggodaman agar kita dapat lebih dahulu menyekat perbuatan yang tidak kita ingini berlaku.

Peringatan : Catatan ini hanyalah sekadar pemahaman penulis tanpa membuat apa-apa rujukan.

1 ulasan:

  1. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
    Information and Reviews about Harrah's Cherokee Casino Resort, including Realtime 동해 출장마사지 Gaming News, Online 구리 출장마사지 Casinos 여수 출장샵 and 당진 출장마사지 Cherokee 파주 출장샵 Casino Resort, Cherokee - Mapyro

    BalasPadam