SELAMAT DATANG KE BLOG ILHAM PENDIDIK

Rabu, 21 September 2011

SEORANG PELAJAR SSB MENINGGAL DUNIA

21.9.2011 Seorang pelajar sekolah Seri Bedena Sungai Besar telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan yang berlaku di jalan besar Kuala Selangor- Teluk Intan betul-betul di laluan masuk ke sekolah. Kejadian berlaku pada hari Isnin 19.9.2011 lebih kurang pada pukul 1.20 tengahari.
Kemalangan yang berlaku di antara 3 buah motorsikal yang ditunggang oleh pelajar dengan sebuah kereta honda accord milik salah seorang penjaga murid sekolah berkenaan. Ketika kejadian suasana di kawasan hadapan sekolah sedang sibuk dengan ibubapa dan penjaga untuk mengambil anak-mereka pulang dari sekolah dan para pelajar yang baru keluar kerana sessi persekolahan telah tamat.
Seorang mangsa cedera parah dan tidak sedarkan diri sementara seorang lagi patah tulang kaki dan dikejarkan ke hospital Sabak Bernam, manakala seorang mangsa lagi hanya cedera ringan. Dua buah motosikal rosak teruk manakala kereta mengalami kerosakkan yang agak besar.
Mangsa yang parah Zulhisyam b Alias, pelajar dari tingkatan 5KS1 telah meninggal dunia pada pukul 11.20 malam tadi dan selamat di kebumikan di tanah perkuburan berhampiran Masjid Makmuriah Sg Besar lebih kurang pada pukul 6.45 petang tadi. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin......