SELAMAT DATANG KE BLOG ILHAM PENDIDIK

Isnin, 12 Mac 2012

PERTANIAN HIDROPONIK



Teknologi Pertanian semakin berkembang untuk memenuhi keperluan pemakanan manusia di dunia. Menjelang abad ke 21 bilangan penduduk dunia dianggarkan akan mencecah 27 billion. Angka ini merupakan cabaran kepada sektor pertanian untuk memenuhi keprluan pemakanan manusia.


Ahad, 11 Mac 2012

Selamat Bercuti Untuk Warga SSB

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SSB khususnya kepada para pelajar dan guru-guru. Kesempatan untuk berehat selama seminggu akan dapat membugarkan semula semangat dan idea untuk meneruskan kerjaya sebagai pendidik.

Ramai yang tersenyum lebar bil;a memikirkan tentang gaji yang naik sebanyak 13%. Alhamdulillah kerana mendapat rezeki dari Allah atas keikhlasan kita melaksanakan tanggungjawab murni mendidik anak-anak bangsa.

Sebelum itu, ucapan TAHNIAH juga kepada para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STPM 2011 yang baru diumumkan. Sesungguhnya kejayaan anda adalah di atas usaha anda hasil bimbingan guru-guru yang tidak pernah mengenal erti susah payah dan jemu memberikan tunjuk ajar. Tiada kejayaan yang dapat dibanggakan tanpa usaha guru di sampingnya.

Salam...........

Rabu, 29 Februari 2012

LADAP KALI 1 2012

28.2 SSB- Sekolah Men Keb Seri Bedena telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali pertama di makmal komputer sekolah. Seramai 30 orang guru telah menyertai kursus tersebut. Kursus yang diadakan pada kali ini telah mendedahkan guru-guru kepada pembangunan laman blog untuk kegunaan P&P.
Semua guru amat ceria disepanjang kursus diadakan. Kursus kali yang pertama ini ditamatkan pada pukul 5.00 petang.