SELAMAT DATANG KE BLOG ILHAM PENDIDIK

Selasa, 28 Jun 2011

PEMULAAN

Hari ini para pelajar tingkatan 4SI2 telah mula mengikuti P&P menggunakan kaedah mencari maklumat untuk subjek Tasawwur Islam. Mereka dibenarkan memuat turun bahan P&P dari blog ini melalui pautan mediafire free hosting. Namun begitu talian yang disediakan di makmal komputer sekolah begitu lambat maka ramai di antara pelajar yang tidak berjaya memuat turun bahan yang dikehendaki.
Walau bagaimanapun ternyata para pelajar begitu gembira dengan cara pembelajaran menggunakan peralatan komputer yang sememangnya menarik minat mereka untuk belajar. Usaha untuk membanyakkan bahan pembelajaran sebagai rujukan untuk para pelajar wajar ditingkatkan.
Diharapkan para pelajar sentiasa berusaha menggunakan teknologi maklumat sebagai satu medium pembelajaran yang tidak terbatas dan elakkan dari menggunakannya untuk tujuan negatif.

Selamat maju jaya...............

Isnin, 27 Jun 2011

BAHAN UNTUK COURSEWORK ICT F4 (S01)

Para pelajar tingkatan 4IT boleh mendownload bahan untuk coursework S01 IT F4 dari link download di sebelah kiri blog ini.

Selamat Mencuba.......

Ahad, 26 Jun 2011

Zaman Godam Menggodam.

Sekarang zaman para hackers menggodam Laman Web semakan menjadi-jadi. Setiap pemilik laman web perlu memiliki kemampuan untuk menghalang para hackers dari menggodam laman web masing-masing. Persoalannya, berapa ramai pemilik laman web memiliki ilmu untuk menghalang laman web mereka dari digodam.

Sabtu, 25 Jun 2011

SEMAKIN MANTAP..........

Baru beberapa hari bergelumang dengan blog. Sebelum ini tak la begitu minat. Alhamdulillah blog yang dibangunkan telah semakin mantap. Pelbagai kelebihan telah dapat dipautkan ke blog ini. Apa yang lebih mengembirakan ialah blog ini berupaya untuk melaksanakan tugas download fail bukan image. Cuma hasil paparan pada panel tidak begitu menarik kerana link ke fail yang disimpan menggunakan mediafire free hosting terpapar sekali.
Dah beberapa kali mencuba untuk buatkan pautan pada perkataan tertentu tapi gagal. Apabila menggunakan arahan link, url yang dicari tidak ditemui. Oleh sebab itu saya gunakan sahaja apa yang dapat saya hasilkan setakat ini walaupun tidak menarik. Sekurang-kurangnya pengunjung yang ingin mendownload fail-fail yang dikehendaki dapat berbuat demikian......

TASAWWUR ISLAM PELAJARAN 9 TING 4

TASAWWUR ISLAM

PELAJARAN 9 : PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN

1. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad telah berjaya membimbing manusia ke jalan yang benar, namun kerana kemajuan hari ini yang memberikan peluang yang luas kepada penyebaran dakyah melalui teknologi maklumat yang disalahgunakan telah menjadikan kemunculan faktor penggugat kesucian Islam.

Jumaat, 24 Jun 2011

KU DI SINI

Di sinilah tempat menabur bakti buat ketika ini.

SALAM UKHUWAH

Assalamualaikum w.b.r.t......
Alhamdulillah, ucapan syukur kehadrat Allah S.W.T yang memberikan kesihatan dan kelapangan untuk saya bergiat dalam dunia blog. Rasanya sudah agak jauh saya tertinggal dari dunia blog ini walaupun sebenarnya dunia IT amat hampir dengan kerjaya saya