SELAMAT DATANG KE BLOG ILHAM PENDIDIK

Selasa, 28 Jun 2011

PEMULAAN

Hari ini para pelajar tingkatan 4SI2 telah mula mengikuti P&P menggunakan kaedah mencari maklumat untuk subjek Tasawwur Islam. Mereka dibenarkan memuat turun bahan P&P dari blog ini melalui pautan mediafire free hosting. Namun begitu talian yang disediakan di makmal komputer sekolah begitu lambat maka ramai di antara pelajar yang tidak berjaya memuat turun bahan yang dikehendaki.
Walau bagaimanapun ternyata para pelajar begitu gembira dengan cara pembelajaran menggunakan peralatan komputer yang sememangnya menarik minat mereka untuk belajar. Usaha untuk membanyakkan bahan pembelajaran sebagai rujukan untuk para pelajar wajar ditingkatkan.
Diharapkan para pelajar sentiasa berusaha menggunakan teknologi maklumat sebagai satu medium pembelajaran yang tidak terbatas dan elakkan dari menggunakannya untuk tujuan negatif.

Selamat maju jaya...............