SELAMAT DATANG KE BLOG ILHAM PENDIDIK

Sabtu, 25 Jun 2011

TASAWWUR ISLAM PELAJARAN 9 TING 4

TASAWWUR ISLAM

PELAJARAN 9 : PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN

1. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad telah berjaya membimbing manusia ke jalan yang benar, namun kerana kemajuan hari ini yang memberikan peluang yang luas kepada penyebaran dakyah melalui teknologi maklumat yang disalahgunakan telah menjadikan kemunculan faktor penggugat kesucian Islam.


2. Ancaman ideologi asing memang cuba untuk merosakkan dan mempengaruhi pemikiran umat Islam sejak dari dahulu. Pelbagai kaedah yang digunakan agar umat Islam terpengaruh dan mengikuti kehendak mereka dan menjauhi ajaran Islam.

3. Golongan muda-mudi Islam sering terdedah dengan pengaruh negatif yang disebarkan melalui sistem penjajahan, media-massa, media elektronik dan internet seperti budaya punk, black metal, Velentine Day dan lain-lain yang menjadi ancaman sekiranya tidak dibendung.

BENTUK-BENTUK PENGARUH ASING.

1. Pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam seperti sistem ekonomi kapitalis yang menghalalkan riba.

2. Fahaman sekular yang memisahkan urusan agama dengan urusan kehidupan seperti memisahkan agama dengan ekonomi, pentadbiran, politik, sosial dan ilmu pengetahuan.

3. Golongan liberal yang memberikan kebebasan yang keterlaluan sehingga berlaku penindasan dan sebagainya.

4. Golongan sosialis dan komunis pula menghapuskan hak pemilikan harta dengan memilik negarakan segala kekayaan yang bertentangan dengan Islam yang memberikan hak pemilikan harta.

5. Walaupun kemajuan teknologi banyak membantu menyebarkan pelbagai maklumat, namun jati diri individu penting untuk memilih hanya perkara yang baik untuk mereka sahaja yang diterima.

CIRI-CIRI PENGARUH ASING

1. Menafikan kekuasaan Tuhan dan peranan wahyu dalam hidup manusia.

2. Memberikan kebebasan kepada manusia bertindak tanpa batas, mencari kepuasan yang relatif dan tidak terkawal.

3. Menolak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dengan mengikut logik.

4. Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan tanpa batasan dan melakukan kezaliman.

5. Taasub kepada bangsa dan darjat hingga mengasingkan agama daripada kehidupan.

6. Memuja manusia secara berlebihan.

7. Berfahaman sempit berdasarkan bangsa, darjat, kaum, negeri, warna kulit dan sebagainya.

8. Pengasingan agama daripada kehidupan.

PENYEBARAN PENGARUH ASING.

1. Di zaman kolonial dan imperialis, pengaruh asing dibawa oleh penjajah, pedagang dan imigran.

2. Di zaman ini, kemajuan dalam pelbagai bidang melahirkan manusia yang pelbagai ragam dan corak dan berusaha salaing pengaruh mempengaruhi khususnya apabila teknologi maklumat berkembang pesat untuk pelbagai tujuan.

3. Masyarakat Islam juga sepatutnya mengambil kesempatan dalam arus kemajuan teknologi maklumat tetapi haruslah bijak memilih maklumat yang dapat meningkatkan kemuliaan dan menjaga maruah diri dan agama

BUDAYA ISLAM DAN BUKAN ISLAM

1. Budaya menurut kamus dewan ialah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan cara berfikir serta segala kegiatan atau kerohanian sesuatu masyarakat.

2. Budaya Islam menurut Drs. Sidi Gazalba ialah cara hidup masyarakat Islam yang
berteraskan taqwa.

3. Islam menggalakkan umatnya berbudaya kerana akal yang menjadikan manusia bertamaddun.

4. Islam menggariskan prinsip kebudayaannya berteraskan Al-Quran dan Hadis. Oleh itu ianya sesuai pada bila-bila masa dan di mana-mana.

5. Sementara budaya bukan Islam membentuk budaya berteraskan pemikiran dan pengalaman manusia.

ANCAMAN BUDAYA ASING

1. Bentuk-bentuk ancaman ialah:

 Menyalurkan hiburan yan melalaikan seperti punk dan black metal

 Menyemai budaya yang bertentangan dengan islam seperti Velentine’s Day.

 Menyebarkan bentuk-bentuk pemikiran seperti sekular, sosialis, liberalisme dan lain-lain.

 Mengeksplotasi penggunaan media-massa, media elektronik untuk menyebarkah dakyah seperti filem dan akhbar.

 Menjajah negara yang lemah dan menyebarkan ideologi mereka.

 Menerapkan amalan hidup mementingkan diri dan tidak menggalakkan kesatuan.


CARA MENANGANI ANCAMAN BUDAYA ASING.

1. Mengamalkan budaya tempatan yang positif.

2. Memperkukuhkan akidah dan keimanan.

3. Memberikan penerangan tentang keburukan pengaruh asing melalui ceramah dan sebagainya.

4. Menjadikan Islam sebagai cara hidup.

5. Mengamalkan cara hidup sihat.

6. Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

7. Menapis berita yang diterima dari pelbagai sumber.


KESAN BUDAYA ASING KEPADA MASYARAKAT ISLAM

1. Budaya asing merupakan cabaran kepada masyarakat Islam khususnya di zaman kemajuan teknologi maklumat.

2. Namun begitu, bukan semua budaya asing bersifat negatif tetapi kita perlu menilai budaya asing boleh memperkembangkan dan mengukuhkan Islam untuk kita terima.

3. Kesan budaya asing yang negatif memang akan merosakkan dan menghancurkan

4. Kekuatan Akidah dan Iman merupakan benteng yang paling ampuh untuk kita menangkis gelombang budaya asing yang negatif.

5. Pihak penjajah memang berhasrat untuk menjauhkan umat Islam daripada pegangan agama supaya mudah dipergunakan untuk kepentingan mereka.

6. Sejarah membuktikan, umat Islam tetap tidak dapat dipengaruhi sepenuhnya kerana memiliki akidah dan keimanan terhadap Allah.

7. Kekuatan inilah yang menjadikan musuh-musuh Islam tidak berupaya menundukkan umat Islam kerana umat Islam hanya tunduk kepada Allah S.W.T sahaja.

8. Selagi iman dan akidah dipertahankan, musuh-musuh Islam tidak mampu untuk menggugat ajaran Islam.

UNIT 2: AJARAN SESAT

DEFINISI:
Ajaran Sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang bukan Islam yang bertentangan dengan ajaran islam yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Ciri-ciri ajaran sesat seperti yang dikeluarkan oleh JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam buku “Kriteria-Kriteria Ajaran Sesat (1994)

1. Kepercayaan kepada rukun Iman dan asas aqidah yang tidak selaras dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mempercayai kitab-kitab lain bagi menyaingi Al-Quran

2. Mempertikaikan kebenaran Al-Quran dan Hadis

3. Mana-mana ketua kumpulan yang mendiayahkan dirinya atau orang lain sebagai Nabi terakhir atau Imam Mahdi atau yang seumpamanya.

4. Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang patut menjadi ikutan manusia.

5. Pendewaan diri atau pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti ajaran Bahai (Mirza Hussein Ali)

6. Mengadakan bidaah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariat yang menggunakan dalil dan nas yang qati’e

7. Mentafsir dan menghurai Al-Quran dan Hadis sesuka hati

BAHAYA MENGIKUT AJARAN SESAT

Individu :
 Tergelincir Akidah.
 Terbatal Syahadah
 Terkeluar dari Islam.
 Sekiranya mati sebelum bertaubat dianggap kufur.
 Memiliki jiwa yang tidak tenang
 Keluh kesah dan murung

Masyarakat:
 Masyarakat tidak akan aman
 Masyarakat tidak akan tenteram.
 Berlaku kucar-kacir
Agama:

 Kesucian Agama Islam tercemar kerana amalan yang tidak berlandaskan Al-Quran dan Hadis

Negara :
 Negara tidak tenteram dan kacau bilau

RUMUSAN

 Ad-Din Islam bersifat universal meliputi keseluruhan kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan lain-lain.

 Umat Islam patut menyelidiki sebarang perkara yang dihadapkan agar tidak mudah terpedaya sehingga mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, masyarakat dan agama

2 ulasan:

  1. assalamualaikum...
    nak tanya rujukan ni berasal dari buku mana ya?
    boleh selitkan nama rujukan kepada saya?

    BalasPadam