SELAMAT DATANG KE BLOG ILHAM PENDIDIK

Jumaat, 24 Jun 2011

SALAM UKHUWAH

Assalamualaikum w.b.r.t......
Alhamdulillah, ucapan syukur kehadrat Allah S.W.T yang memberikan kesihatan dan kelapangan untuk saya bergiat dalam dunia blog. Rasanya sudah agak jauh saya tertinggal dari dunia blog ini walaupun sebenarnya dunia IT amat hampir dengan kerjaya saya
.
Sebagai seorang guru yang memiliki opsyen dalam bidang IT terasa lucu juga apabila tertinggal dengan perkembangan pantas dunia IT. Namun begitu, sedikit ilmu yang diperolehi sewaktu melanjutkan pengajian di universiti dapat membantu saya untuk terus menelusuri dunia maya tanpa sempadan.
InsyaAllah, saya akan cuba untuk menggunakan blog minda pendidik ini sebagai salah satu dari medium perhubungan saya dengan anak-anak didik saya dan sebagai tempat untuk saya menyalurkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
Sampai di sini dahulu untuk kali ini.......
Salam ukhuwah untuk semua pembaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan