tag:blogger.com,1999:blog-60440502196874374862024-02-19T11:44:58.440+08:00Ilham PendidikBlog ini memerlukan sokongan dan cadangan untuk penambahbaikan dari masa ke semasa. Emelkan ke husainramli@gmail.comCikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.comBlogger12125tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-4356893623006560762012-03-12T11:01:00.004+08:002012-03-12T20:14:40.122+08:00PERTANIAN HIDROPONIK<left></left>

Teknologi Pertanian semakin berkembang untuk memenuhi keperluan pemakanan manusia di dunia. Menjelang abad ke 21 bilangan penduduk dunia dianggarkan akan mencecah 27 billion. Angka ini merupakan cabaran kepada sektor pertanian untuk memenuhi keprluan pemakanan manusia.

Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-75836650744281397012012-03-11T19:01:00.001+08:002012-03-11T19:01:24.643+08:00Selamat Bercuti Untuk Warga SSBSelamat bercuti diucapkan kepada semua warga SSB khususnya kepada para pelajar dan guru-guru. Kesempatan untuk berehat selama seminggu akan dapat membugarkan semula semangat dan idea untuk meneruskan kerjaya sebagai pendidik.

Ramai yang tersenyum lebar bil;a memikirkan tentang gaji yang naik sebanyak 13%. Alhamdulillah kerana mendapat rezeki dari Allah atas keikhlasan kita melaksanakan tanggungjawab murni mendidik anak-anak bangsa.

Sebelum itu, ucapan TAHNIAH juga kepada para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STPM 2011 yang baru diumumkan. Sesungguhnya kejayaan anda adalah di atas usaha anda hasil bimbingan guru-guru yang tidak pernah mengenal erti susah payah dan jemu memberikan tunjuk ajar. Tiada kejayaan yang dapat dibanggakan tanpa usaha guru di sampingnya.

Salam...........Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-77421181909392868142012-02-29T08:52:00.000+08:002012-02-29T08:52:44.501+08:00LADAP KALI 1 2012

28.2 SSB- Sekolah Men Keb Seri Bedena telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali pertama di makmal komputer sekolah. Seramai 30 orang guru telah menyertai kursus tersebut. Kursus yang diadakan pada kali ini telah mendedahkan guru-guru kepada pembangunan laman blog untuk kegunaan P&P.

Semua guru amat ceria disepanjang kursus diadakan. Kursus kali yang pertama ini ditamatkan pada pukul 5.00 petang.Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-4839045120319506672012-02-17T21:03:00.002+08:002012-02-17T21:03:37.346+08:00Salam 2012Alhamdulillah......

Saya masih lagi diberikan kekuatan dan kesihatan oleh Allah S.W.T dan dipanjangkan usia untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik. Selagi masih belum mencapai usia persaraan wajib insyaAllah segala kudrat dan kemampuan akan dimanfaatkan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna dan mulia.

25 feb ini ada permintaan untuk membuat sedikit pendedahan kepada rakan guru di sekolah mengenai pembangunan blog. Satu slot telah diberikan kepada saya untuk diisi dengan pendedahan tentang pembangunan blog dan bagaimana untuk digunakan sebagai satu cabang P&P.

Memang sebenarnya pembangunan blog amat menarik kerana ia dapat dikuasai dengan mudah berbanding dengan membangunkan sebuah laman web yang agak rumit. Meskipun blog bukanlah sehebat web dalam menyalurkan maklumat yang dikehendaki, sekurang-kurangnya ia dapat memberikan peluang kepada banyak pengguna tanpa perlu menguasai kemahiran yang tinggi.

Berpandukan kepada sedikit bimbingan dan template yang telah disediakan oleh pembangun seperti wordpress atau blogspot kita dapat memiliki sebuah halaman yang mampu dilayari oleh seluruh pelayar internet bukan hanya di Malaysia malah diserata dunia..

Meskipun begitu, kemunculan FaceBook, twitter dan yang seumpamanya seperti meminggirkan peranan blog di dalam dunia internet. Sebenarnya blog amat berbeza dengan Facebook atau twitter dari segi fungsi dan peranannya. Applikasi seperti Facebook dan twitter lebih merupakan applikasi yang mengutamakan perhubungan dan perkongsian maklumat yang ringkas seperti pebualan, pengumuman atau yang sepertinya. Sebaliknya blog pula merupakan satu catatan peribadi yang dikongsi bersama mereka yang tertentu.

Penggunaan blog lebih bersifat peribadi sekiranya kita mahukan ianya sedemikian tetapi bagi facebook atau twitter ianya lebih bersifat umum atau terbuka. Hanya pengguna yang tertentu dapat memasuki dan memberikan komen terhadap paparan kita. Selain itu, blog juga dapat memberikan kebebasan kepada kita untuk merekabentuk menurut citarasa kita sendiri.

Sesungguhnya, setiap kemajuan yang dicipta jika digunakan dengan sebaik-baiknya, tak kira bentuk dan fungsinya, ia akan memberikan hasil yang baik untuk penggunanya. Oleh itu, apa yang diharapkan melalui pendedahan yang saya berikan akan memberikan sedikit manfaat untuk rakan guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mendidik anak bangsa kita. Hanya yang termampu sahaja dapat saya berikan dan semoga perkongsian ini mendapat redha Ilahi......AminCikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-70958114934001085602011-09-21T21:03:00.000+08:002011-09-21T21:03:37.449+08:00SEORANG PELAJAR SSB MENINGGAL DUNIA21.9.2011 Seorang pelajar sekolah Seri Bedena Sungai Besar telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan yang berlaku di jalan besar Kuala Selangor- Teluk Intan betul-betul di laluan masuk ke sekolah. Kejadian berlaku pada hari Isnin 19.9.2011 lebih kurang pada pukul 1.20 tengahari.

Kemalangan yang berlaku di antara 3 buah motorsikal yang ditunggang oleh pelajar dengan sebuah kereta honda accord milik salah seorang penjaga murid sekolah berkenaan. Ketika kejadian suasana di kawasan hadapan sekolah sedang sibuk dengan ibubapa dan penjaga untuk mengambil anak-mereka pulang dari sekolah dan para pelajar yang baru keluar kerana sessi persekolahan telah tamat.

Seorang mangsa cedera parah dan tidak sedarkan diri sementara seorang lagi patah tulang kaki dan dikejarkan ke hospital Sabak Bernam, manakala seorang mangsa lagi hanya cedera ringan. Dua buah motosikal rosak teruk manakala kereta mengalami kerosakkan yang agak besar.

Mangsa yang parah Zulhisyam b Alias, pelajar dari tingkatan 5KS1 telah meninggal dunia pada pukul 11.20 malam tadi dan selamat di kebumikan di tanah perkuburan berhampiran Masjid Makmuriah Sg Besar lebih kurang pada pukul 6.45 petang tadi. Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin......Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-17627471698740363692011-06-28T22:42:00.000+08:002011-06-28T22:42:22.391+08:00PEMULAANHari ini para pelajar tingkatan 4SI2 telah mula mengikuti P&P menggunakan kaedah mencari maklumat untuk subjek Tasawwur Islam. Mereka dibenarkan memuat turun bahan P&P dari blog ini melalui pautan mediafire free hosting. Namun begitu talian yang disediakan di makmal komputer sekolah begitu lambat maka ramai di antara pelajar yang tidak berjaya memuat turun bahan yang dikehendaki.

Walau bagaimanapun ternyata para pelajar begitu gembira dengan cara pembelajaran menggunakan peralatan komputer yang sememangnya menarik minat mereka untuk belajar. Usaha untuk membanyakkan bahan pembelajaran sebagai rujukan untuk para pelajar wajar ditingkatkan.

Diharapkan para pelajar sentiasa berusaha menggunakan teknologi maklumat sebagai satu medium pembelajaran yang tidak terbatas dan elakkan dari menggunakannya untuk tujuan negatif.

Selamat maju jaya...............Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-21012711870023205872011-06-27T21:38:00.003+08:002011-06-27T21:49:30.773+08:00BAHAN UNTUK COURSEWORK ICT F4 (S01)Para pelajar tingkatan 4IT boleh mendownload bahan untuk coursework S01 IT F4 dari link download di sebelah kiri blog ini.

Selamat Mencuba.......Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-9623111333395482722011-06-26T20:04:00.000+08:002011-06-26T20:04:44.069+08:00Zaman Godam Menggodam.Sekarang zaman para hackers menggodam Laman Web semakan menjadi-jadi. Setiap pemilik laman web perlu memiliki kemampuan untuk menghalang para hackers dari menggodam laman web masing-masing. Persoalannya, berapa ramai pemilik laman web memiliki ilmu untuk menghalang laman web mereka dari digodam.

Apabila situasi ini berlaku, wujud ruang perniagaan yang boleh ambil peluang khususnya para hackers sendiri. Keupayaan mereka untuk menggodam laman web milik orang lain merupakan ilmu yang boleh ditawarkan untuk pemilik laman web membayar sejumlah wang bagi mendapatkan kepakaran mereka. Para hackers dapat mengenal pasti kelemahan yang terdapat pada laman web yang boleh ditingkatkan keselamatannya khususnya laman web yang penting seperti Laman Web Kerajaan dan Sektor Swasta.

Kelemahan pada laman web yang penting tentunya amat membimbangkan kerana segala maklumat yang dimiliki oleh laman web itu akan dapat dicuri dengan mudah dan dieskpoltasi untuk pelbagai tujuan. Kesan dari eskplotasi maklumat inilah yang akan mendatang kesan buruk yang lain seperti pendedahan maklumat peribadi pengguna dan lain-lain.

Menyedari hakikat inilah, saya rasa bimbang juga kalau blog saya ini digodam. Tetapi sebagai blog yang tidak begitu penting, moga-moga tiada pihak yang berminat untuk melakukan usaha untuk menggodam laman blog ini. Mungkin lucu bunyinya, siapalah saya hingga menarik perhatian para hackers untuk menggodam blog ini. Namun begitu kita tidak dapat membaca hati budi manusia sehingga isteri dan anak kita sendiri kita sukar untuk meramal tindakan mereka.

Memang saya amat jahil dalam hal godam menggodam ini. Apa yang tergambar ialah para hackers akan membangunkan suatu sistem yang mampu memecah masuk ke dalam laman web yang biasanya akan dimasukkan password. Perisian yang dibangunkan akan membuat tapisan sehingga ribuan huruf dan nombor dan perlambangan yang selalu digunakan sebagai password untuk melakukan padanan pada password pengguna.

Selain itu ada juga para hackers yang membangunkan perisian yang dihantar melalui email dan akan menjadi agen kepada hackers. Perisian ini akan diaktifkan apabila email dibuka dan tinggal di dalam komputer server dan menghantar maklumat kepada hackers.

Terlalu banyak kaedah yang digunakan oleh para hackers untuk melakukan penggodaman bagi maksud dan tujuan tertentu. Tentunya kemahiran dan pengetahuan ini akan sentiasa berkembang selari dengan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Kesimpulannya, ilmu untuk menggodam laman web ini perlulah juga dipelajari sebagai usaha untuk meramalkan cara-cara penggodaman agar kita dapat lebih dahulu menyekat perbuatan yang tidak kita ingini berlaku.

Peringatan : Catatan ini hanyalah sekadar pemahaman penulis tanpa membuat apa-apa rujukan.Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-48929864537453888162011-06-25T23:42:00.000+08:002011-06-25T23:42:23.994+08:00SEMAKIN MANTAP..........Baru beberapa hari bergelumang dengan blog. Sebelum ini tak la begitu minat. Alhamdulillah blog yang dibangunkan telah semakin mantap. Pelbagai kelebihan telah dapat dipautkan ke blog ini. Apa yang lebih mengembirakan ialah blog ini berupaya untuk melaksanakan tugas download fail bukan image. Cuma hasil paparan pada panel tidak begitu menarik kerana link ke fail yang disimpan menggunakan mediafire free hosting terpapar sekali.

Dah beberapa kali mencuba untuk buatkan pautan pada perkataan tertentu tapi gagal. Apabila menggunakan arahan link, url yang dicari tidak ditemui. Oleh sebab itu saya gunakan sahaja apa yang dapat saya hasilkan setakat ini walaupun tidak menarik. Sekurang-kurangnya pengunjung yang ingin mendownload fail-fail yang dikehendaki dapat berbuat demikian......Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-32657183685430638972011-06-25T12:06:00.002+08:002011-06-25T12:12:29.097+08:00TASAWWUR ISLAM PELAJARAN 9 TING 4TASAWWUR ISLAM

PELAJARAN 9 : PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN

1. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad telah berjaya membimbing manusia ke jalan yang benar, namun kerana kemajuan hari ini yang memberikan peluang yang luas kepada penyebaran dakyah melalui teknologi maklumat yang disalahgunakan telah menjadikan kemunculan faktor penggugat kesucian Islam.

2. Ancaman ideologi asing memang cuba untuk merosakkan dan mempengaruhi pemikiran umat Islam sejak dari dahulu. Pelbagai kaedah yang digunakan agar umat Islam terpengaruh dan mengikuti kehendak mereka dan menjauhi ajaran Islam.

3. Golongan muda-mudi Islam sering terdedah dengan pengaruh negatif yang disebarkan melalui sistem penjajahan, media-massa, media elektronik dan internet seperti budaya punk, black metal, Velentine Day dan lain-lain yang menjadi ancaman sekiranya tidak dibendung.

BENTUK-BENTUK PENGARUH ASING.

1. Pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam seperti sistem ekonomi kapitalis yang menghalalkan riba.

2. Fahaman sekular yang memisahkan urusan agama dengan urusan kehidupan seperti memisahkan agama dengan ekonomi, pentadbiran, politik, sosial dan ilmu pengetahuan.

3. Golongan liberal yang memberikan kebebasan yang keterlaluan sehingga berlaku penindasan dan sebagainya.

4. Golongan sosialis dan komunis pula menghapuskan hak pemilikan harta dengan memilik negarakan segala kekayaan yang bertentangan dengan Islam yang memberikan hak pemilikan harta.

5. Walaupun kemajuan teknologi banyak membantu menyebarkan pelbagai maklumat, namun jati diri individu penting untuk memilih hanya perkara yang baik untuk mereka sahaja yang diterima.

CIRI-CIRI PENGARUH ASING

1. Menafikan kekuasaan Tuhan dan peranan wahyu dalam hidup manusia.

2. Memberikan kebebasan kepada manusia bertindak tanpa batas, mencari kepuasan yang relatif dan tidak terkawal.

3. Menolak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dengan mengikut logik.

4. Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan tanpa batasan dan melakukan kezaliman.

5. Taasub kepada bangsa dan darjat hingga mengasingkan agama daripada kehidupan.

6. Memuja manusia secara berlebihan.

7. Berfahaman sempit berdasarkan bangsa, darjat, kaum, negeri, warna kulit dan sebagainya.

8. Pengasingan agama daripada kehidupan.

PENYEBARAN PENGARUH ASING.

1. Di zaman kolonial dan imperialis, pengaruh asing dibawa oleh penjajah, pedagang dan imigran.

2. Di zaman ini, kemajuan dalam pelbagai bidang melahirkan manusia yang pelbagai ragam dan corak dan berusaha salaing pengaruh mempengaruhi khususnya apabila teknologi maklumat berkembang pesat untuk pelbagai tujuan.

3. Masyarakat Islam juga sepatutnya mengambil kesempatan dalam arus kemajuan teknologi maklumat tetapi haruslah bijak memilih maklumat yang dapat meningkatkan kemuliaan dan menjaga maruah diri dan agama

BUDAYA ISLAM DAN BUKAN ISLAM

1. Budaya menurut kamus dewan ialah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan cara berfikir serta segala kegiatan atau kerohanian sesuatu masyarakat.

2. Budaya Islam menurut Drs. Sidi Gazalba ialah cara hidup masyarakat Islam yang

berteraskan taqwa.

3. Islam menggalakkan umatnya berbudaya kerana akal yang menjadikan manusia bertamaddun.

4. Islam menggariskan prinsip kebudayaannya berteraskan Al-Quran dan Hadis. Oleh itu ianya sesuai pada bila-bila masa dan di mana-mana.

5. Sementara budaya bukan Islam membentuk budaya berteraskan pemikiran dan pengalaman manusia.

ANCAMAN BUDAYA ASING

1. Bentuk-bentuk ancaman ialah:

Menyalurkan hiburan yan melalaikan seperti punk dan black metal

Menyemai budaya yang bertentangan dengan islam seperti Velentine’s Day.

Menyebarkan bentuk-bentuk pemikiran seperti sekular, sosialis, liberalisme dan lain-lain.

Mengeksplotasi penggunaan media-massa, media elektronik untuk menyebarkah dakyah seperti filem dan akhbar.

Menjajah negara yang lemah dan menyebarkan ideologi mereka.

Menerapkan amalan hidup mementingkan diri dan tidak menggalakkan kesatuan.

CARA MENANGANI ANCAMAN BUDAYA ASING.

1. Mengamalkan budaya tempatan yang positif.

2. Memperkukuhkan akidah dan keimanan.

3. Memberikan penerangan tentang keburukan pengaruh asing melalui ceramah dan sebagainya.

4. Menjadikan Islam sebagai cara hidup.

5. Mengamalkan cara hidup sihat.

6. Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

7. Menapis berita yang diterima dari pelbagai sumber.

KESAN BUDAYA ASING KEPADA MASYARAKAT ISLAM

1. Budaya asing merupakan cabaran kepada masyarakat Islam khususnya di zaman kemajuan teknologi maklumat.

2. Namun begitu, bukan semua budaya asing bersifat negatif tetapi kita perlu menilai budaya asing boleh memperkembangkan dan mengukuhkan Islam untuk kita terima.

3. Kesan budaya asing yang negatif memang akan merosakkan dan menghancurkan

4. Kekuatan Akidah dan Iman merupakan benteng yang paling ampuh untuk kita menangkis gelombang budaya asing yang negatif.

5. Pihak penjajah memang berhasrat untuk menjauhkan umat Islam daripada pegangan agama supaya mudah dipergunakan untuk kepentingan mereka.

6. Sejarah membuktikan, umat Islam tetap tidak dapat dipengaruhi sepenuhnya kerana memiliki akidah dan keimanan terhadap Allah.

7. Kekuatan inilah yang menjadikan musuh-musuh Islam tidak berupaya menundukkan umat Islam kerana umat Islam hanya tunduk kepada Allah S.W.T sahaja.

8. Selagi iman dan akidah dipertahankan, musuh-musuh Islam tidak mampu untuk menggugat ajaran Islam.

UNIT 2: AJARAN SESAT

DEFINISI:

Ajaran Sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang bukan Islam yang bertentangan dengan ajaran islam yang berdasarkan Al-Quran dan Hadis

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Ciri-ciri ajaran sesat seperti yang dikeluarkan oleh JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam buku “Kriteria-Kriteria Ajaran Sesat (1994)

1. Kepercayaan kepada rukun Iman dan asas aqidah yang tidak selaras dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mempercayai kitab-kitab lain bagi menyaingi Al-Quran

2. Mempertikaikan kebenaran Al-Quran dan Hadis

3. Mana-mana ketua kumpulan yang mendiayahkan dirinya atau orang lain sebagai Nabi terakhir atau Imam Mahdi atau yang seumpamanya.

4. Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang patut menjadi ikutan manusia.

5. Pendewaan diri atau pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti ajaran Bahai (Mirza Hussein Ali)

6. Mengadakan bidaah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariat yang menggunakan dalil dan nas yang qati’e

7. Mentafsir dan menghurai Al-Quran dan Hadis sesuka hati

BAHAYA MENGIKUT AJARAN SESAT

Individu :

Tergelincir Akidah.

Terbatal Syahadah

Terkeluar dari Islam.

Sekiranya mati sebelum bertaubat dianggap kufur.

Memiliki jiwa yang tidak tenang

Keluh kesah dan murung

Masyarakat:

Masyarakat tidak akan aman

Masyarakat tidak akan tenteram.

Berlaku kucar-kacir

Agama:

Kesucian Agama Islam tercemar kerana amalan yang tidak berlandaskan Al-Quran dan Hadis

Negara :

Negara tidak tenteram dan kacau bilau

RUMUSAN

Ad-Din Islam bersifat universal meliputi keseluruhan kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan lain-lain.

Umat Islam patut menyelidiki sebarang perkara yang dihadapkan agar tidak mudah terpedaya sehingga mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, masyarakat dan agamaCikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-69798434251459053202011-06-24T20:21:00.000+08:002011-06-24T20:21:28.566+08:00KU DI SINI

Di sinilah tempat menabur bakti buat ketika ini.
Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6044050219687437486.post-24981301735327263532011-06-24T19:51:00.001+08:002011-06-25T12:13:43.301+08:00SALAM UKHUWAHAssalamualaikum w.b.r.t......

Alhamdulillah, ucapan syukur kehadrat Allah S.W.T yang memberikan kesihatan dan kelapangan untuk saya bergiat dalam dunia blog. Rasanya sudah agak jauh saya tertinggal dari dunia blog ini walaupun sebenarnya dunia IT amat hampir dengan kerjaya saya

Sebagai seorang guru yang memiliki opsyen dalam bidang IT terasa lucu juga apabila tertinggal dengan perkembangan pantas dunia IT. Namun begitu, sedikit ilmu yang diperolehi sewaktu melanjutkan pengajian di universiti dapat membantu saya untuk terus menelusuri dunia maya tanpa sempadan.

InsyaAllah, saya akan cuba untuk menggunakan blog minda pendidik ini sebagai salah satu dari medium perhubungan saya dengan anak-anak didik saya dan sebagai tempat untuk saya menyalurkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

Sampai di sini dahulu untuk kali ini.......

Salam ukhuwah untuk semua pembaca.
Cikgu IThttp://www.blogger.com/profile/00629781815275940562noreply@blogger.com0